Pada 23 - 25 Mac yang lepas, Institusi Usrah (IU) Universiti Multimedia telah menganjurkan satu program iaitu Karnival Keluarga Bahagia 2012 (KKB'12) dan team Pyea-Baal Kemboja telah membuka booth jualan untuk meraih sumbangan daripada keluarga yang datang ke karnival itu pada hari itu. satu lagi booth iaitu booth aqiqah juga dibuka bersebelahan dengan booth jualan.
acara pada hari jumaat, 23 mac ialah forum sembang-sembang santai bersama tiga orang ahli panel yang hebat belaka iaitu Imam Muda Asyraf, selebriti jemputan Catriona Ross dan penceramah bebas dan doktor perubatan,Prof Madya Dr. Harlina Haliza bt Hj Siraj. maka dengan itu, booth jualan telah dibuka di hadapan dewan utama iaitu tempat di mana berlangsungnya forum sembang-sembang santai itu. jualan pada hari itu amat memberansangkan memandangkan ramai yang datang untuk mendengar forum santai itu.
pada hari ahad, seramai lima orang komiti Pyea-Baal Cambodia telah datang daripada Cyber untuk bersama-sama dengan komiti melaka menjayakan booth jualan dan aqiqah. kali ini, booth dibuka di CLC Concourse memandangkan banyak aktiviti untuk karnival ini dijalankan di sana. over all, hasil jualan agak baik dan memuaskan. beberapa orang juga telah mendaftar untuk aqiqah beras dan beberapa keluarga kelihatan berminat untuk mengaqiqahkan haiwan ternakan lembu atau kambing. oleh itu, borang aqiqah telah diedarkan kepada semua ibu bapa yang hadir dan mereka yang berminat boleh menghubungi talian yang terdapat di borang itu.
booth aqiqah |
booth jualan |
selain daripada booth jualan, tabung sumbangan juga telah diedarkan kepada mereka yang hadir ke karnival itu pada hari itu sebagai alternatif lain untuk mendapatkan sumbangan. mereka telah diterangkan dengan ringkas tentang program yang bakal dilaksanakan di kemboja pada Oktober yang akan datang ini dan alhamdulillah, hasil kutipan sangat memberangsangkan. semoga mereka yang datang dan menderma diberkati Allah :)
komiti yang kepenatan. :P |