“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya, tetapi yang sampai kepada Allah ialah ketakwaan kamu.” Maksud al-Haj: 37
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa itu aqiqah?
Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.
Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh. Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.
Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)
Aqiqah di Kemboja, oleh Pyea-Baal Cambodia (Care Cambodia)
Kami mengambil tanggungjawab sosial muslim dan persaudaraan Islam dengan menganjurkan program aqiqah di Kemboja bagi membantu masyarakat Islam di Kemboja.
Program Aqiqah di Kemboja ini adalah menepati tuntutan agama dari segi perlaksanaanya. Malah, amat digalakkan melakukan ibadah tersebut di Kemboja memandangkan ramainya golongan faqir dan miskin Islam di sana.
Anda juga boleh mendaftar secara ONLINE !
Sila isi borang online di pautan ini [link] atau ;
Kunjungi page Facebook kami.
# Makluman: Resit Rasmi bagi penyumbang yang berdaftar secara online akan diserahkan setelah pengesahan bayaran oleh pihak penganjur.
PENDAFTARAN AQIQAH AKAN DITUTUP PADA 1 OKTOBER 2012
UNTUK MAKLUMAT LANJUT/ SEBARANG PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :
AMIERAH (013-749 7439)
FARAHIN (014-776 3583)
EMAIL : act.cambodia.mmu@gmail.com
Daripada Samurah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:
”Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh (dia dilahirkan), dicukur kepalanya dan diberikan nama.”
Hadis Riwayat Ahmad
Tweet